ASSALAMUALAIKUM~~~✌✌✌…salam
hamba hulur tanda ingatan…
Ehh
menyanyi pula tuan tanah kita ini. Hahaha. Baru tadi karoke, sampai
terbawa-bawa ke alam maya pula. Maaflah. hehehe
Lama benau
aku tak update blog kesayangan, mesti ada yang merindui aku. Tapi ada ke? Macam
tak je. Tidak apalah, biarlah aku membawa hati yang lara ini. Huhuh. Drama
sangat
Berbulan-
bulan aku menghilang, pergi membawa hati yang tersakiti ke? Hahaha, tang mana
yang sakit tu? No lah. Im good & fine. Macam biasalah malas kan nak update
blog, malas ini mana ada ubat. Mesti ramai yang nak tahu apa yang aku buat sekarang.
Since UiTM cuti selama 5 bulan (sebab pertukaran system baru), tak akan lah nak
melagha saja dekat rumah & membina lemak-lemak yang semakin menepu. Kalau
aku cuti mungkinlah. Hahaha…malangnya tak cuti pun.

Sedang
kebanyakkan pelajar sem 2-4 yang sedang berehat riang di rumah pada cuti yang
sangat lama, aku pula membanting tulang 4 kerat menjalani latihan industry (LI)
a.k.a interns a.k.a praktikal. Aduh, pilu hatiku! Drama giler tuan tanah ni tau. HUH! Selama
4 bulan aku menjalani LI dan masih berbaki lagi sebulan. YEAHHHH...4 MINGGU LAGI !! Masa praktikal, tak ada cuti
langsung ke? kalau ikut company yang aku intern, memanglah cuti ; weekend & cuti umum. kalau nak apply cuti pun boleh tapi tolak elaunlah. Lepas LI, cutilah puas-puas sampai tertonggek ke apa ke.
Lantaklah!
Dekat mana
aku intern? Kalau dah nama pun ambil course Tourism, confirmlah Travel Agency
kan? Well, yes aku intern di sebuah syarikat Travel Management di Petaling
Jaya. Sebenarnya, walaupun kau ambil course tourism, tak semestinya kau perlu
intern di travel agency. Banyak lagi cabang contohnya macam theme park,
resorts, museums etc. yang pasti kena ada kait mengaitlah dengan industry
tourism. Ok, berbalik kepada cerita aku tadi, tak syoklah kalau tak tahu nama
company kan? Aku intern di Tradewinds Travel Services Sdn Bhd (TTS),
salah satu anak syarikat Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Billionaire Malaysia tu, tak kan tak
kenal kot. Basically, tempat aku intern ini bukanlah seperti travel agency
lain, syarikat ini merupakan sebuah Travel Management. What is the different?
Nah, tengok dekat sini….. What is a Travel Management Company?
Beberapa
minggu sekali aku akan bertukar department (based on schedule), semua sekali
ada 7 department yang perlu aku lengkapkan. itu semua demi memenuhi T&C yang tertera untuk internship. Penatlah aku tulis
panjang-panjang ini. Aku make it shortlah, ok?
How is my
intern going so far?
So far so
good, most of the staffs are very friendly & of course I make a lot of new
friends. TTS ada ambil a few interns, memang ada genglah selain daripada ema
(my coursemate, housemate, roommate, officemate) – ini ada cerita dia sendiri.
![]() |
Missing Seha in this photo. huhu |
First day,
macam biasalah sesi suai kenal apa bagai. Masa inilah aku kenal my geng, geng sengal-sengal ubi hahaha. Dia orang friendly especially Seha
yang approach masa dia nak ambil air dekat coffee machine “Kau orang intern
baru ke? Bolehlah kita jadi kawan.” Tapi yang tak boleh lupa, first day dah
kena tipu dengan Syikin; dia kata dia intern juga. Aku memang tak
percayalah, muka matang kot (sorry syikin, terjujur disini) –aku keep on
positive lah; maybe muka je matang, umur tak lagi. Choi! Umur dah 26 kot tapi
perangai macam baya aku je. Ok berbalik pada syikin yang menipu aku & ema
hidup-hidup, tak lama lepas tu dia jujur; dia staff rupanya. And then, kenal Bibi,
aku tak tahu Bibi ni foreigner tapi muka dia macam foreigner; aku ingatkan dia
ada kacuk kacuk. Bukan ayam kacuk tau. Try lah cakap melayu dengan dia, dia
boleh muka blur and then Syikin bagi tahu Bibi ini foreigner—since then, selalu
juga aku speaking sebab nak bagi si Bibi ni fahamlah apa conversation kita
orang. Dan akhir sekali, aku kenal Nanapija a.k.a #NaDiArena
(sorry naa… hehehe) dia ni, first impression aku, dia agak kekwatlah. Dok
pandang phone saja. Ditambah lah dia dari MSU—mindset, dak dak MSU kaya sombong
(kuno betul mindset aku ni, kesian). Unfortunately, semua tu salah. Nanapija
yang comeyyy… hahaha. Ema? Tak yah lah cerita dia ini. Hahahaaa… gurau je k.
Ema, dia ini course mate a.k.a satu batch dengan aku dalam course yang sama
kecuali kami lain kelas masa dekat Uni. Aku tentang kewujudan si Ema ni masa
trip batch ke Penang tapi masa tu kenal ala kadar je. Asal tahulah yang dia tu
wujud. Hahaha, macam jahat je. Padahal, dia pun bukan sedar tentang kewujudan
aku. Sebenarnya, tak janji pun nak satu tempat praktikal dengan dia, aku dapat
tahu kita orang satu tempat praktikal masa tengok komen dekat fb dalam group
intern. Since then, aku berkenalan agak rapat jugalah dengan dia. Kita orang
sewa satu bilik, jadilah roommate. Tapi bosan gak pandang muka dia je. Dah lah
satu office, lunch sama, balik sama, sarapan sama, dinner sama, nasib
department saja lain. bosan-bosan pun dial ah penghibur hati duka lara aku.
Ecehhhhh~~~
Ish panjang
betul aku cerita pasal depa kan. Hope we will stay together sampai
bila-bila. Amin.
Ada
pengalaman best ke intern aku?
Pengalaman
best? Ada ke? Dengar semua orang cakap intern tak best. Huhuhu
Sebenarnya
ada je the best moment tapi kita sendiri tak perasan.
Banyak
sangat pengalaman yang aku dapat dekat sini. Kalau dalam kelas, aku terkenal
dengan jenis yang tak campur sangat hal orang, diam, kurang exposure—selalu
malap je (sebab tu ramai terkejut aku tercalon dalam MPP… HAHAHAHAA). But, things
different here. Aku agak terlebih expose, aku suka bergaul dengan staff –
kira macam aku intern yang agak menyerlah.
Macam
mana aku boleh ter-expose lebih dekat TTS?
Everything
start from Staff Retreat 2017, masa ini aku baru dua minggu lapor diri
& dalam department HR. Tiba-tiba dapat tahu aku kena tolong Kak Wawa (staff) handle Staff Retreat—kira
jadi assistant manager. Staff Retreat ini macam aktiviti staff get together
lah. Staff luangkan masa bersama-sama. Daripada mencari tempat sehinggalah
acara itu tamat, aku & Kak Wawa menjadi tukang aturnya. Sepanjang majlis
berlangsung, aku jugalah yang menjadi emcee. Huish, gemuruh masa tu tak payah
cakaplah. Kalau dalam kelas, buat presentation aku boleh lagi. Ini dia punya
gemuruh sama macam aku nak bentangkan manifesto dekat dataran ilmu. However,
everything going very well & semua staff happy. Kau tak tahu macam mana
aku nak fikir supaya event tu tak nampak terlalu formal. Nasiblah otak masa tu
cepat menangkap, mungkin masa itu banyak oksigen; event di Janda Baik.
“abang-abang
handsome, kakak-kakak cantic, harap bertenang ya.” // “abang-abang handsome,
kakak-kakak cantik, macam mana dengan aktiviti tadi?” --- semua orang
kembang-kembang sebab kena puji termasuk bos. Hahaha. Harus ada kick sikitlah.
Bila tengok
semua ok dengan panggilan aku tu, aku apa lagi… buat gila-gilalah. Tapi tak
adalah gila sangat, still maintain waras. Cumanya, cara macam itu menjadikan
aku lebih rapat dengan semua. So
pengajarannya, kena berani untuk ambil peluang. Masa inilah aku dapat tengok
perangai semua staff & bos. Masa ini jugalah kalau nak kipas kencang
bos or Head of Departments, pun boleh. Eh? Maaflah sis tak pandai kipas
kecang ni. Kipas tangan je mampu. Huhuhuhu…
![]() |
#KelabOrangDepan |
Kemudian
untuk event rumah terbuka TTS sekali lagi aku jadi emcee, nak
sangat aku jadi emcee. Sukalah tu aku punya watak gila tu. Event ni, interns
kena buat persembahan. Debaran dia lain macam wuuu… terkejut terkujat semua
adalah! Ramai pula staff yang dah bagi warning awal-awal, bagi tahu yang buat
dengan penuh jiwa sebab rumah terbuka tahun lepas, tak berapa best. Huish, rasa
nak pitam masa tu. Demi menjayakan show adik-adik manis interns, maka aku tebalkan
lah kepingan muka yang sememangnya tak lawa mana ni. Jadilah aku si emcee
yang gediksss tak hingat. Kalau event nak bagi best, muka kena tebal
mengalahkan konkrit because the floor is yours. Perhatian audience adalah
target, don’t let the audience beralih perhatian!
“dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
dua tiga boleh Tradewinds cari,
mana nak sama Encik Kahiry seorang.”
Kata Sabrina kepada bos yang memakai warna sedondon denganya.
“Anak cina makan pengat,
Sendiri mau ingatlah,” balas Encik Kahiry
sebelum memulakan bicara.
![]() |
with our boss, Mr. MK |
LOL! Moment ni paling aku tak
boleh lupa. Pantun tu aku cipta masa tengah buat filing depan bilik bos –
masa tu bos tak ada. Sebenarnya masa tu tengah ligat fikir untuk skrip emcee,
bos kena bagi ucapan so aku fikirlah nak buat skrip yang macam catchy sikit
untuk panggil bos. Tiba-tiba dapat idea itu, and then aku cakap dekat Nana yang
aku memang akan cakap pantun tu, Nana pun setuju jer. Dua tiga hari jugalah aku
meroyan sebab buat pantun tu, maka ceritalah aku kepada ema & geng
tersayang. Mostly dia orang macam euwww but at the same time gelak juga. Masa
aku ucap pantun tu, memang semua staff bersorak & ketawa, dengan bos sekali
gelak. Hahaha…
Sampai sekarang aku tak boleh lupa moment berharga tu sebab rasa masa tu bukan diri aku. Entah roh siapa yang tersalah masuk badan aku. Hahaha 😅😅😅
Both event, berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah. Walaupun ada batu kerikil dalam perjalanan menempuh penghujung,
tapi semua orang happy. Itu yang paling aku suka. I love my geng & team.
Best ke macam gitu? kena organize event bagai.
jujur, memang TAK BEST. penat tau organize event and kau kena faham apa yang orang atas kau nak. nak macma gitulah, macam ginilah. penat sangat-sangat. masa itu, tak tahulah berapa bakul sumpah seranah. huhuhu. BUT, its all over bila dapat tengok muka happy semua orang yang sertai event tu. ucapan terima kasih, kelancaran majlis, everything. every single moments at the event are memories that i should keep. yes, banyak sangat tragedy berlaku along the way to the end; kena marah atas bas, kena perli, kena persoalkan etc. tapi aku ni spesis yang tak ambil kisah sangat kalau nak persoal ke apa ke. aku buat sebab aku ada sebab, kena explain je lah. kalau ada mistake, mengaku sajalah & minta maaf. the journey are very hurt but the end, make me smile for the whole day.
Ok. Dah cerita pasal the best
moment, mesti ada the saddest, tragedies moment kan?
Mestilah ada, banyak sangat. As
always, im ok, im fine & im good. Everything yang datang adalah
sebagai satu pengajaran buat aku. Tak semua memori itu indah dan tak semestinya
yang penuh tragedy itu tidak membawa pengajaran. Apa yang datang, kita
terima dengan redo, namun tak bermakna kau harus kalah, tunduk diam hingga
mati. Buat sehabis baik, buktikan yang kau mampu.
Banyak sangat tragedy berlaku,
nantilah aku cerita. Penat dah aku taip ni. Kita sambung untuk Part 2.
Hehehe…
To be
continued… ❤❤❤
FYI, want to find out more about TTS you may go to ;
Bolehlah uolls usha TTS ini, recently kami ada PROMOTIONS untuk ke Koh Samui! Ada juga Online Flight Booking Promo before this 8th August! Yang paling best ada promotion untuk Lost World of Tambun, Movie Animation Park Studio (MAPS), Perak & yang lain itu aku terlupa. hehehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan