Rabu, 23 Disember 2020

Keropok Maggi | #SnekMacamPro

 Assalamualaikum Semua!

Apa khabar? musim hujan turun hari-hari, harap semua sihat saja ya.

Bila cerita bab musim hujan, mesti fikir pasal makanan kan? sebabnya orang selalu kaitkan, asal hujan saja, lapar, lapar saja, hujan. Pelik tapi benar. So aku telah diilhamkan dengan satu idea untuk buat jajan sendiri, sebabnya aku dah malas nak beli jajan lagi. Tak sampai 3 hari beli dah habis. Kebetulan Maggi pun banyak dekat rumah & aku pun nak test power masukpertandingan oleh Nestle iaitu, Snek Macam Pro, apa lagi.. jadi moh ler kita try. Keropok Maggi



Bahan-bahan:
- Maggi Kari ( 3bungkus)
- crab stick (ikutlah berapa yg suka)
- Maggi Chicken Stock (1 kiub)
- Maggi Cukup Rasa
- daun kari (ikutlah banyak mana suka)
- Rempah kari (1 1/2 sudu besar)
- serbuk cili (2 sudu teh / ikut tahap kepedasan masing-masing)
- tepung jagung (2 sudu teh)

Cara²
  1. Rebus mi Maggi (tanpa perencah) & tos kan setelah mi kembang / masak. 
  2. Taburkan perencah Maggi mi kari, & separuh Maggi chicken stock ke mi yang telah masak. Gaulkan sehingga sebati.
  3. Potong halus atau carikan crab sticks.
  4. Taburkan & gaulkan sehingga sebati rempah kari, serbuk cili, tepung jagung, separuh kiub ayam, dan Maggi Cukup Rasa.
  5. Masukkan mi dan daun kari ke dalam minyak yang panas. Goreng hingga mi bertukar warna golden brown atau sehingga  garing dengan menggunakan api sederhana. Tos kan minyak setelah siap di masak. Ulang langkah ini sehingga habis mi itu.
  6. Gorengkan pula crab sticks hingga garing bersama daun kari. Tos kan minyak setelah siap di masak.  Ulang langkah ini sehingga habis.
  7. Campurkan mi & crab sticks yang digoreng tadi ke dalam satu bekas.
  8. gunakan teknik selang seli semasa mengisi bahan gorengan iaitu dengan cara: letakan mi dahulu, diikuti dengan crab stick, mi semula...lakukan sehingga penuh
  9. Sedia untuk di makan

TIPS:
- hati-hati masa menggoreng daun kari, boleh meletup
- hati-hati masa goreng mi atau crab sticks, gunakan api sederhana & selalu perhatikan, boleh terlebih ranggup (hanggit)
- gaulkan perencah Maggi dua bungkus sahaja (jika buat 3 bungkus) keraan tinggi kandungan garam
- perencah Maggi digaulkan setelah mi sejuk
- taburkan perencah cukup rasa semasa crab stick masih panas.
- Boleh tengok cara memasak di sini - Keropok Maggi
- untuk gambar di Instagram di sini - Keropok Maggi #SnekMacamPro

Selamat Mencuba!
Please Stay Safe, Stay Healthy & Stay Tuned~!


Youtube link - Sesudu Rencah
Instagram link- Sabrina Razak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan